SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Friday, September 17, 2010

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT-PSK

Khidmat Masyarakat ialah kompenan amali dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Setiap murid dikehendaki menjalankan projek tertentu di luar waktu persekolahan sekurang- kurangnya 10 jam setahun.
     Melalui projek ini , murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam mata pelajaran ini yang dipelajari di dalam bilik darjah.Secara tidak langsung, murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberikan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.
     Tema bagi projek ini adalah berbeza antara tingkatan. Tingkatan 1 boleh memilih sama ada Tema 1 atau Tema 2, manakala Tingkatan 2 dikehendaki menjalankan projek yang berkaitan dengan Tema 3. Tingkatan 3 menyediakan projek bagi Tema 4, Tema 5 disediakan oleh murid Tingkatan 4, dan Tema 6 akan dijalankan oleh murid Tingkatan 5.
     Projek ini boleh dibuat secara individu ataupun berkumpulan.Walaupun begitu setiap murid dikehendaki menyediakan hasil kerja mereka secara individu.